KEMAHIRAN BERBAHASA - PERIBAHASA/SIMPULAN BAHASA
1. Peribahasa ialah rangkai kata atau ayat yang mempunyai susunan tetap dan
mempunyai pengertian atau maksud tertentu.
2. Maksud atau pengertian peribahasa ini berbeza dengan rangkai kata atau ayat asalnya.
mengkias, pengajaran dan pedoman masyarakat.
Peribahasa melayu terbahagi kepada dua iaitu :
i. Simpulan bahasa
ii. Perumpamaan, pepatah atau bidalan
Simpulan Bahasa/Peribahasa
Simpulan bahasa ialah ungkapan kata yang mempunyai dua patah perkataan atau lebih dan memberi makna berlainan daripada perkataan asal.
Contoh:
|
Simpulan Bahasa
|
Maksudnya
|
|
Ada hati
|
Mempunyai keinginan yang kuat terhadap sesuatu diluar kemampuannya.
|
|
Air muka
|
Paras rupa tau wajah seseorang
|
|
Durian runtuh
|
Keuntungan atau rezeki yang banyak diperoleh secara tiba-tiba
|
Kaki Ayam - Orang yang tidak memakai kasut
Berat Tulang - Orang yang malas Naik angin - sedang marah
Latihan:
1. Arshad yang ....................tidak mahu terlibat dalam aktiviti gotong-royong di
kampungnya.
A. berat hati B. berat mata C. berat mulut D. berat tukang
2. Ayah ...........................apabila mengetahui abang telah menunggang motosikal tanpa
lesen.
A. berat hati B. naik angin C. beri muka D. gelap mata
3. Zamani tidak suka memakai kasut. Dia lebih selesa berjalan .....................
A. kaki bangku B. kaki botol C. kaki ayam D. kaki pukul
Sila klik pada pautan di bawah untuk menambahkan pemahaman anda.
http://cikgutancl.blogspot.com/2008/12/simpulan-bahasa-abang-angkat-lelaki.htmlhttp://sktmnbersatu.net/sal/bm/l1/sb1.htm
http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/sal_7/latihan1.htm



No comments:
Post a Comment